Thursday, March 31, 2011

Pesanan buat DIRI, Sahabat, Saudaraku seIslam & Juga sesiapa yg membaca... :)

Hari ini bukan semudah semalam untuk bergelar seorang manusia yg sempurna.. Banyak yg perlu dikorbankan & banyak juga yang terpaksa dilepaskan.. Sekali langkah tersadung, rebah & terasa sakitnya.. Sekali langkah gagah tersenyum, bersyukur, bahagia & ceria.. tetapi semua itu memerlukan pengorbanan yg menuntut keSABARAN & AIRMATA.. Selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul.. Usah gusar pd 'Anugerah ILAHI'.. Anggaplah bila sesekali di duga & di uji itu hanya sekadar untuk mematangkan & mengajar kita bangun untuk menjadi sesempurna INSAN...

Ya ALLAH, tabahkan HATI ku..



Ingatlah...
"Jika Syurga menjadi idaman, Jalannya seluas mata memandang.. Jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti.. Usah gusar dugaan dihadapan, Andai hati nekad mengejar Cinta Ilahi.."

Wallahua'lam.. 

Thursday, March 10, 2011

MELUSURI LORONG YANG GELAP...

Jam 10 : Kelas Academic Reading & Writing tamat.. Td lecturer suruh siapkan Body Paragraph, assignment individu.. Ana ambik tajuk "The Impact of Sexual Abuse on Children".. Walaupun ana bukan dari Program Psikologi Kanak-kanak dan Keluarga, tp kebetulan subjek elektif yang wajib ana ambik semester ini adalah berkaitan dengan Perkembangan Bayi & Kanak-kanak serta Psikologi Keibubapaan & Keluarga Bukan Tradisional.. Erm, alhamdulillah.. kelas brjalan seperti biasa dan ana dpt menyiapkan Essay BI dgn baik.. Lecture bg keluar awal tp lama sgt tggu bas IP (Indah Permai) kt DKP (Dewan Kuliah Pusat) hampir stgh jam jugak.. Mmg rutin harian pelajar yg akan berebut2 naik bas bila balik dri klas mlm, sampai brtolak2 antara satu sma lain.. Yg lucunya td, bas berhenti depan ana.. so,ana naik la cepat-cepat sebelum diserbu pelajar lain dari belakang.. hehehe.. Sampai kt IP je, tunggu akhwat ambik naik motor hantar ana balik rumah.. tp dia lambat bagi balas mesej, krdt pn da kong. Ana pun jalan la seorang2.. Silap ana, ana jalan ikot lorong short cut.. mmg 1st time mlalui jalan tu.. sunyi & gelap.. just cahaya lampu dari dlm rumah je yg nampak.. Degupan jantung semakin laju, langkah kaki semakin cepat.. Dgn anjing-anjing yang menyalak membuatkn ana rasa takut..Ana xtau jalan menuju ke rumah sewa ana ikot lorong tu, ana semakin panik.. Berfikir seketika, sama ada nk patah balik ikot jalan Giant ke atau teruskan.. Ana teruskan berjalan jugak.. xtau di mana pghujung jalan lorong tersebut.. Alhamdulillah, ana ternampak 1 kereta keluar dari simpang jalan.. Dan ana terus brlari ke simpang tersebut.. Alhamdulillah, jumpa jalan keluar akhirnya.. Dalam Jam11 smpai rumah. Bila ana sampai rumah, akhwat dalam keadaan bimbang cari ana.. Maaf, buat antunna risau, btw trima kasih ye Kak Eji & Yan belanja Burger.. Terubat rasa lapar den saat ini.. hehe.. Ok la, skrg jam 11.27pm sudah.. nk smbung buat assignment.. Assalamua'laikum..

Wednesday, March 9, 2011

~RINDU~

Aku terlalu rindu
Jiwa ku penuh dengan sendu
Menahan sakit rindu yang tidak tertahan
Ingin kuluah namun hajat tak kesampaian
Setiap hari rindu ini kusulam
menjadi bunga kasih di dalam jambangan
tersimpan rapi, bila ingin kusentuh, ku kata “jangan”
kerana rindu itu adalah rindu terlarang..

Sahabat
Salahkah aku menyimpan rindu?
Pengecutkah aku memendam rasa?
Jangan hadiahkan senyuman sinis mu
Jangan berikan pandangan hina mu
Kerana aku takut pada Tuhanku,
Kerana aku takut mendekatkan zina pada diriku
Kerana aku gengam bara syariat hingga bertukar menjadi abu..

Hidupkah lagi rindu di hati mereka yang ber'couple' b4 married?
Masih adakah lagi rindu pada mereka yang sudah puas dengan kemaksiatan?
Indahkah lagi rindu bagi mereka, yang tidak peduli halal haram?
Maka disitu wujudkah cinta yang katanya ingin mencari redha tuhan?
Jauhkan aku dari semua itu wahai tuhanku,
Kuatkan aku yang berada di persekitaran hamba-hamba-Mu yang dahagakan cinta terlarang itu..
Biar rinduku terlerai disaat yang haram menjadi halal
Biar rinduku terluah disaat ikatan perkahwinan sudah bersimpul hati...

Hiaskan sabar pada rinduku, ya Allah..
Indahkan ia dengan ketaqwaan, ya Allah..
Moga rindu itu hidup dihati ini
Rindu itu hidup kerana-Mu
Agar bila disatukan,
aku berada di dalam rahmat dan keredhaan-Mu
Agar bila ditakdirkan tiada ikatan,
Aku redha dengan ketentuan-Mu..

Ya Allah,
Engkaulah yang mengetahui rindu itu hidup di hati ini
pada hamba-Mu yang sentiasa merindui-Mu..
-(Adakah KITA merindui-Nya?? Tepuk dada tanya iman)-

Madah Buat Diri..

Duhai diri,
Kenapa?
Kau mengeluh kepenatan,
Kau muram kekecewaan,
Kau murung kesedihan,
Kau resah kebimbangan,
Hanya kerana,
Mereka tidak datang,
Bila kau ajak pada kebenaran.

Wahai diriku,
Bukan niatku melontarkan hamunku,
Cuma teguran setulus salju,
Tak seharusnya kau begitu!
Kufahami impianmu,
Supaya kita semua bersatu padu,
Ku sanjungi ketulusanmu,
Mengajak ke jalan yang Satu,
Namun,
Realiti memang tak seindah yang dimahu,
Lantaran jalan ini terlampau berliku,
Perlukan kesabaran dan keteguhan jitu,
Kau harus hayati hakikat itu!


Ingatlah peribadi pejuang sejati,
Baginda tabah meniti hari,
Bermula dengan seorang diri,
Menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi,
Bukannya baginda tidak berani,
namun itu tertib wahyu, strategi Rabbi,
Ucapannya bukan dari nafsu melainkan wahyu suci,
Ucapannya hikmah dari kalbu bak embun pagi,
disambut oleh hati yang bersih dan jiwa yang fitri,
Fikrah dijernihkan, akal didekati,
Ajarannya menyentuh hati sanubari,
Juga dengan hujah dan ketenangan hakiki,
dengan hikmah dan pengajaran penuh seni,
Bila mana ada perdebatan dirungkaikan hati-hati,
Bila mana dizalimi dilontarkan doa kasih nan sejati.


Suburkan berbaik sangka,
Agar hatimu tenang,
barulah makin kuat jadinya,
Bukan dirundung kelemahan,
Perbaharuilah iman,
Saban ketika,
Ingati janji-Nya,
keredaan dan syurga,
Sedari sunnah perjuangan,
Dipenuhi derita,
Dihujani kepayahan,
Untuk kutempuhinya,
Dengan ketabahan,
Jadilah orang yang menang!

Monday, March 7, 2011

UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA..

"Ya ALLAH, ssungguhnya hati kami ini brsatu dgn kasih syg-Mu, brtemu di ats ketaatan kpd-Mu, brsatu di jln dkwh-Mu & brjanji mnegakkn Agama-Mu.. Maha Suci Engkau, prteguhknlah tali ikatan antra kami ini, limpahknlah ksh syg di dlm hati kami ini.. Engkau tunjukknlah kmi jln hidayah-Mu, ssungguhnya pd-Mu kmi brserah & tmpt kmi mmemohon prtolongan..Amin ya Rabbal Alamin.."

-Never Ending for Dakwah-

SAATNYA BERMULA..

Tika ini,
Bermulanya laman peribadi,
Aku bersedia berkongsi di sini,
Mengikut rentak jari yg menari,
Mengikut alunan irama hati,
Semoga sgalanya di berkati,
Ku menulis kerana Ilahi,
Untuk Meraih Cinta-Nya yg abadi..

Qierah Az-Zahra'
8 Mac 2011 ( 11.47 am)
 Di ruang tamu rumah, Indah Permai..