Jiwa ku penuh dengan sendu
Menahan sakit rindu yang tidak tertahan
Ingin kuluah namun hajat tak kesampaian
Setiap hari rindu ini kusulam
menjadi bunga kasih di dalam jambangan
tersimpan rapi, bila ingin kusentuh, ku kata “jangan”
kerana rindu itu adalah rindu terlarang..
Sahabat
Salahkah aku menyimpan rindu?
Pengecutkah aku memendam rasa?
Jangan hadiahkan senyuman sinis mu
Jangan berikan pandangan hina mu
Kerana aku takut pada Tuhanku,
Kerana aku takut mendekatkan zina pada diriku
Kerana aku gengam bara syariat hingga bertukar menjadi abu..
Hidupkah lagi rindu di hati mereka yang ber'couple' b4 married?
Masih adakah lagi rindu pada mereka yang sudah puas dengan kemaksiatan?
Indahkah lagi rindu bagi mereka, yang tidak peduli halal haram?
Maka disitu wujudkah cinta yang katanya ingin mencari redha tuhan?
Jauhkan aku dari semua itu wahai tuhanku,
Kuatkan aku yang berada di persekitaran hamba-hamba-Mu yang dahagakan cinta terlarang itu..
Biar rinduku terlerai disaat yang haram menjadi halal
Biar rinduku terluah disaat ikatan perkahwinan sudah bersimpul hati...
Hiaskan sabar pada rinduku, ya Allah..
Indahkan ia dengan ketaqwaan, ya Allah..
Moga rindu itu hidup dihati ini
Rindu itu hidup kerana-Mu
Agar bila disatukan,
aku berada di dalam rahmat dan keredhaan-Mu
Agar bila ditakdirkan tiada ikatan,
Aku redha dengan ketentuan-Mu..
Ya Allah,
Engkaulah yang mengetahui rindu itu hidup di hati ini
pada hamba-Mu yang sentiasa merindui-Mu..
-(Adakah KITA merindui-Nya?? Tepuk dada tanya iman)-

best ayat2 ni..puisi ka? teruskan menulis ya qierah.. ^^
ReplyDelete