Monday, April 11, 2011

Luahan Qierah..


Biarlah aku sederhana pada pandangan orang lain, rendah pada pandangan diri sendiri dan tinggi pada pandangan ALLAH.. Aku tidak ingin di kenali selain siapa aku yang sebenarnya.. Aku tidak ingin di bandingkan dari segi kecantikan kerana ALLAH lebih tahu makna kecantikan yang sebenar..Aku adalah aku.. Insan yang selamanya akan mencari redha ALLAH..


Diri ku Qierah

Ana gadis biasa..
sangat-sangat biasa
Hidup ana biasa
Rupa ana biasa
Tidak punya apa-apa kelebihan yang boleh dibanggakan
Tidak punya kereta mewah
Tidak punya rumah mewah
Tidak punya duit yang banyak
Bukan dari keluarga yang kaya
Bukan daripada jurusan agama
Ana gadis biasa tapi sebenarnya ana hidup dalam keajaiban yang nyata,
bukan angan-angan,
ianya realiti..
Realiti yang indah
Ana hidup dalam kebahagiaan yang sebenar
Keluarga ana adalah keajaiban pertama yang berlaku dalam hidup ana
Sahabat-sahabat ana keajaiban yang tak terhitung banyaknya.
Satu demi satu semuanya muncul dalam hidup ana
Satu demi satu biasa manjadi luar biasa
Satu demi satu ana rasakan hidup saya penuh bermakna
Satu demi satu ana rasakan berharganya harga sebuah kehidupan

Dan yang paling penting..
mereka mengajar ana betapa berertinya kehidupan ini..
KETAHUILAH..

Insan ini.. Tanpa Iman, Tiada erti pada diri.. Tanpa Islam, Tiada makna dalam hidup.. Tanpa Hikmah [Al-Qur'an], Tiadalah pegangan dan penyuluh.. Tanpa Taqwa, Hati takkan tenang.. Tanpa Akhlak Solehah,  Ibarat mawar yang menjadi hiasan dan tak bermakna.. Tanpa pimpinan Rasulullah SAW, Syafa'atnya tak mampu memayungi di Akhirat yang kekal abadi.. Dan.. Tanpa semua kurniaan Ilahi ini, Tiadalah aku disini.. Bersama cinta yang Hakiki.. Cinta Hakiki Cinta Ilahi.. (^_^)
ALHAMDULILLAH.. syukur kepada-Mu ya ALLAH..
~Qierah~

No comments:

Post a Comment